Monday, November 25, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Kardashian malu sikap Kanye West

    Bintang realiti Kim Kardashian berasa malu dengan sikap bekas suaminya iaitu Kanye West yang dikatakan sengaja mendedahkan punggungnya di khalayak ramai.

    TMZ melaporkan Kim memang mengikuti perkembangan penyanyi rap itu apatah lagi mereka mempunyai empat orang anak bersama dan tidak mahu mereka terkesan dengan sikap luar kawalan Kanye.

    “Saya malu dan risaukan keadaan dia Saya tak tahu nak kata apa kalau anak-anak tanya fasal perkara itu,” luahnya.

    Sebelum ini tular foto memaparkan pungggung Kanye semasa dia bercuti bersama isterinya, Bianca Censori di Itali. Menerusi foto yang tular, bahagian belakang seluar Kanye terdedah sehingga menarik perhatian pelancong lain yang mengambil gambar punggungnya.

    Lebih mencetuskan spekulasi apabila Bianca pula sedang duduk dalam keadaan tunduk di celah kaki Kanye.

    Difahamkan kejadian itu berlaku semasa Kanye dan isteri menaiki bot menyusuri Sungai Venice. – Agensi

    Kim tidak tahu nak beri penjelasan apabila ditanya anak-anak tentang sikap West. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda