Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Kardashian tak setuju dengan kerja sekolah di rumah

    Bintang realiti Kim Kardashian secara terbuka menyuarakan pendapat tidak bersetuju dengan tugasan sekolah yang perlu dilakukan di rumah khusus untuk anaknya.

    Menurut Kim,45, kanak-kanak harus diberikan ruang untuk bersukan, bersosial, serta meluangkan masa bersama keluarga di rumah selepas menghabiskan lapan jam sehari di sekolah.

    “Saya memang tak suka dengan tugasan sekolah dibawa balik ke rumah, ia patut disiapkan di sekolah sahaja,” katanya ketika muncul dalam siaran langsung Mafiathon 3.

    Kenyataan Kim itu telah mengundang perdebatan hangat dalam kalangan ibu bapa. Ada yang bersetuju dengan pandangannya kerana percaya anak memerlukan masa rehat, manakala tidak kurang juga yang mengkritik kenyataan tersebut sebagai kurang realistik.

    Difahamkan ini bukan kali pertama keluarga Kardashian mencetuskan kontroversi terutama berkaitan isu pendidikan.

    Sebelum ini, Kim pernah dikecam selepas timbul spekulasi kononnya anak perempuannya, North, memakai tindik jari ketika bercuti di Rom, walaupun dakwaan itu belum terbukti.

    Malah, kakaknya Kourtney Kardashian turut juga menjadi mangsa kecaman dan dikritik kerana menyifatkan sistem sekolah tradisional sudah ketinggalan zaman serta mempertikaikan keperluan anak-anaknya untuk bersekolah secara formal. – Agensi 

    Kim Kardashian tak setuju anak buat kerja sekolah di rumah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda