Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim lawat ladang dilanda taufan

    SEOUL, 18 OGOS – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un melawat ladang yang dilanda taufan dan menyelia helikopter tentera yang menyembur racun serangga dalam usaha menyelamatkan tanaman utama, lapor media kerajaan hari ini.

    Ribut tropika Khanun mendarat minggu lalu di Utara yang mana bencana alam boleh membawa kesan teruk akibat infrastruktur yang lemah dan pembalakan hutan yang meluas sehingga menambah risiko terdedah kepada banjir.

    Lawatan itu dibuat beberapa jam selepas Korea Utara dituduh di Majlis Keselamatan PBB atas perbelanjaan yang besar untuk program senjata nuklearnya sedangkan rakyatnya kelaparan dan kekurangan keperluan asas.

    Kelmarin, agensi perisik Korea Selatan memberitahu penggubal undang-undang bahawa kira-kira 240 rakyat Korea Utara telah mati kelaparan antara Januari dan Julai tahun ini, ahli parlimen Yoo Sang-bum memberitahu pemberita selepas taklimat itu.

    Kim melawat sawah padi di Wilayah Kangwon yang telah dibanjiri akibat taufan, tetapi meramalkan ‘pemulihan sepenuhnya daripada kerosakan’ terima kasih kepada tentera yang membantu menyelamatkan tanaman itu, lapor agensi berita pusat Korea.

    Kim berkata tindak balas pantas tentera terhadap kerosakan taufan telah “membawa keajaiban dalam pemulihan ladang pertanian yang dibanjiri dalam jangka masa yang singkat.”

    Kim menggesa seluruh sektor pertanian negara ‘untuk mengurangkan kerosakan akibat cuaca yang buruk’ dan memastikan Korea Utara dapat ‘mencapai matlamat pengeluaran bijirin pada tahun ini tanpa kegagalan’.

    Tetapi sesetengah pakar mempersoalkan sejauh mana keberkesanan langkah itu. – AP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda