Kim Kardashian, 39, mengongsikan momen indah ketika meluangkan masa bersama anak perempuannya North West, 7, mengayuh sebuah bot papan di tepi tasik dalam gambar terbaharu di laman sosialnya baru-baru ini.
North berlutut di hadapan ibunya di atas bot papan berwarna kuning yang disewanya dengan mengenakan baju renang dan jaket keselamatan pada gambar pertama.
North kelihatan sangat comel ketika dia menyikat rambutnya yang keriting dengan pelbagai aksi bersama Kim selama sehari di tasik yang indah itu.
Pengasas SKIMS itu memakai pakaian renang berwarna hitam dari 2XU untuk aktiviti tersebut, sambil mengenakan jaket keselamatan kuning dan cermin mata hitam Celine berwarna hitam.
Dalam foto kedua yang diambil dari jauh, Kim dilihat berlutut di atas bot papan ketika North dengan santai meregangkan kakinya.
Walaupun dia tidak memberikan lokasi di mana dia berada, tetapi tasik itu dilihat dikelilingi dengan pemandangan yang indah, termasuk hutan dan bukit.
Dalam foto terakhir, suaminya Kanye West, 43, tampil bersama dua rakannya. – Agensi
