SEOUL, 30 Dis – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bertekad untuk ‘selalu’ bertemu dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in tahun depan bagi membincangkan proses penamatan senjata nuklear di semenanjung dalam sepucuk surat luar biasa yang dihantar ke Seoul, menurut pejabat Moon, hari ini.
Pemimpin negara tertutup itu telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali bersama Moon tahun ini, dua kali di kampung perdamaian di sempadan, Panmunjom dan sekali di ibu negara Korea Utara, Pyongyang sebagai langkah penyatuan yang bergerak pesat.
Semasa lawatan Moon ke Pyongyang September lalu, Kim berjanji untuk mengadakan kunjungan balas ke ibu negara Korea Selatan, Seoul pada ‘satu tarikh awal’ hingga mencetuskan spekulasi bahawa dia mungkin melawat negara itu hujung tahun ini.
Tetapi, kunjungan yang ditunggu-tunggu itu belum menjadi kenyataan, mengakibatkan pemimpin muda itu berasa ‘kesal’, menurut surat yang dihantar Kim, kata jurucakap Kim.
“Pemimpin Korea Utara melahirkan keazaman kuat untuk melawat Seoul sementara memerhatikan situasi masa depan,” kata Kim Eui-kyeom kepada pemberita.
“Kim juga meluahkan niatnya untuk selalu bertemu dengan Moon dalam mencapai perdamain dan menyelesaikan bersama isu nuklear di semenanjung,” ujar jurucakap itu. – AFP
