Kim Min-Jae jadi buruan Spurs

SHANGHAI, 25 OGOS – Beijing Guoan telah menarik semula Kim Min-Jae dari sidang media perlawanan pra musim hari ini dengan pemain pertahanan kebangsaan Korea Selatan itu dikaitkan dengan perpindahan ke England atau Itali.

Ketua jurulatih Tottenham Hotspur, Jose Mourinho dan Lazio adalah antara pasukan yang berminat untuk mengejar khidmat pemain bek tengah berusia 23 tahun, yang juga turut dikenali sebagai ‘Monster’ kerana ketinggiannya iaitu 1.90 meter.

Kim, dikaitkan dengan Watford sebelum berpindah ke Liga Super China (CSL) dari Jeonbuk Motors pada 2019 dengan yuran perpindahan sebanyak 5.25 juta euro, sepatutnya bercakap kepada sidang media bersama ketua jurulatih Beijing, Bruno Genesio.

“Saya akan berterus terang kepada anda,” kata bekas pengurus Lyon.

“Kami telah menjadualkan Kim untuk hadir di sini semasa sidang media tetapi saya telah diberitahu bahawa terdapat banyak khabar angin dan berita mengenai dia.

“Dia adalah pemain yang muda dan saya mengambil keputusan untuk melindunginya,” tambah pengurus kelahiran Perancis berusia 53 tahun.

“Saya rasa ia adalah tindakan terbaik buatnya untuk menumpukan perlawanan pada Khamis dan tidak mendedahkan dia kepada lebih banyak kritikan dan persoalan yang akan menyebabkan dia berada di dalam posisi yang sukar.

Kim, yang membuat 30 penampilan untuk pasukan kebangsaan, terlepas dua dari tiga perlawanan pembukaan Beijing dalam musim liga China yang tertunda akibat koronavirus.
Walau bagaimanapun, dia telah bermain setiap minit dalam tiga perlawanan terakhir, termasuk kekalahan 2-1 ke atas pesaing mereka, Shanghai SIPG yang mana bekas pemain Chelsea, Oscar menjaringkan gol kemenangan.

Pada bulan Mei, CSL telah menunda musim mereka disebabkan oleh pandemik, Kim meminta maaf selepas sesi temu bual di Korea Selatan dengan mengatakan dia terlalu ‘penat’ untuk menebus kecuaian rakan sepasukannya di bahagian pertahanan. – AFP