PELAKON Kim Min Suk menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Lee Joo Bin.
Dipetik dari Allkpop melaporkan kedua-dua selebriti popular itu menjadi tumpuan peminat selepas mereka dikatakan bercuti bersama di Jepun baru-baru ini.
Ekoran itu, timbul spekulasi mengatakan mereka kini sedang hangat bercinta.
Syarikat pengurusan Min Suk dalam satu kenyataan memberitahu artis mereka bercuti ke Jepun bersama rakan-rakannya dan bukannya dengan Joo Bin.
Bagaimanapun mereka tidak menafikan kedua-dua pelakon itu mempunyai hubungan rapat namun bukannya pasangan kekasih.
“Mereka berdua berada di Jepun hanya kebetulan. Min Suk ke sana bersama rakan-rakannya,” kata kenyataan itu.
Manakala pihak pengurusan Joo Bin ketika ditanya mengenai perkara itu memberitahu mereka tidak dapat mencampuri urusan pelakon itu.
Ini kerana pemergian Joo Bin ke Jepun adalah atas dasar peribadi dan pihak pengurusan tidak dapat memberi sebarang komen.