SEOUL, 26 April – Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan residen Selatan Moon Jae-in akan bertemu di Zon Bebas Tentera yang membahagikan semenanjung itu sebelum sidang kemuncak mereka esok, kata Seoul, dalam satu acara yang penuh simbolik.
Moon akan menyambut pelawatnya di blok konkrit yang menandakan sempadan antara kedua-dua negara Korea di Zon Bebas Tentera, menurut ketua sekretariat presiden Korea Selatan Im Jong-seok.
Apabila Kim melangkah melepasi sempadan, dia akan menjadi pemimpin Korea Utara pertama yang menjejaki tanah Korea Selatan sejak Perang Korea berakhir 65 tahun lalu.
Mesyuarat itu akan menjadi mesyuarat ketiga seumpamanya, berikutan sidang kemuncak di Pyongyang pada 2000 dan 2007, dan menjadi perkara yang penting setakat ini dalam usaha pemulihan diplomatik di semenanjung, sebelum sidang kemuncak antara Kim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Senjata nuklear Korea Utara akan menjadi agenda utama untuk dibincangkan semasa sidang kemuncak itu. Pyongyang telah mencatatkan kepesatan dan kemajuan di bawah Kim, yang mewarisi kuasa daripada bapanya pada 2011.
Tahun lalu, ia telah melancarkan senjata nuklear yang keenam, yang paling berkuasa setakat ini dan melancarkan peluru berpandu yang berupaya mencapai tanah besar AS, meningkatkan ketegangan tatkala Kim dan Trump saling berbalas-balas kata-kata makian dan ancaman peperangan.
Moon telah menggunakan Olimpik Musim Sejuk Korea Selatan sebagai satu peluang untuk mengadakan dialog antara mereka.
Tetapi Im melewati jangkaan, dengan mengatakan bahawa kemajuan teknologi Korea Utara bermakna secara dasarnya, perjanjian perlu berbeza daripada perjanjian pengurangan nuklear yang dicapai pada 1990an dan awal tahun 2000.
“Itulah yang menjadikan sidang kemuncak ini lebih sukar,” tambahnya.
“Bahagian yang sukar adalah sejauh mana kedua-dua pemimpin itu boleh mencapai perjanjian berkenaan hasrat Korea Utara untuk mengurangkan nuklear dan bagaimana ia akan dinyatakan dalam teks,” katanya. – AFP