Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kim rasmi projek pertanian, perumahan

    SEOUL, KOREA SELATAN, 16 FEB – Korea Utara berkata pemimpin Kim Jong Un menghadiri upacara pecah tanah untuk projek-projek perumahan dan pertanian baharu, yang merupakan sebahagian daripada usahanya untuk meneruskan pencapaian domestik ketika peminggiran ekonomi negara itu semakin mendalam di tengah-tengah usaha kerasnya memburu senjata nuklear.

    Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) milik Korea Utara berkata Kim memulakan upacara pecah tanah kelmarin bagi pembinaan ladang rumah hijau yang besar di pinggir ibu negara, Pyongyang, di mana pegawai kanan Korea Utara, Jo Yong Won dalam ucapannya berkata menyediakan penduduk Pyongyang dengan ‘sayuran segar dalam semua musim’ adalah ‘keutamaan utama’.

    Kim juga menghadiri majlis menandakan permulaan projek pembinaan peringkat kedua untuk membina 10,000 rumah baharu di daerah Hwasong, Pyongyang.

    Projek itu adalah sebahagian rancangan lebih luas untuk membekalkan 50,000 rumah baharu di ibu negara di bawah pelan pembangunan negara lima tahun yang berjalan hingga 2025.

    Pakar berkata Korea Utara mengalami kekurangan dalam perumahan berkualiti yang semakin mendalam selama beberapa dekad kemerosotan ekonomi.

    Tetapi keadaan hidup jauh lebih baik di ibu kota Pyongyang, di mana Kim pada tahun-tahun lalu telah mendorong projek pembangunan besar yang menaik taraf perumahan untuk golongan elit dan mengubah latar langit bandar itu. – AP

    Kim Jong Un semasa merasmikan majlis pecah tanah bagi projek pertanian dan perumahan di Pyongyang, Korea Utara pada 15 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...