Pelakon Kim Sae Ron ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, timur Seoul kelmarin.
Aktres berusia 24 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 4.55 petang oleh rakannya yang merancang untuk bertemu mendiang.
Difahamkan, sebelum itu rakan Kim menelefon pihak polis susulan gagal menghubungi pelakon tersebut.
Balai Polis Seoul mengesahkan pihak mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.
Bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan lanjut.
“Kami belum menemui sebarang tanda-tanda kecurangan setakat ini, tetapi kami sedang menyiasat keadaan kematian itu,” kata seorang pegawai polis.
Pada 2022, Kim pernah ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kerosakan harta benda awam.
Aktres itu kemudiannya didenda sebanyak 20 juta won.
April lalu, Kim cuba kembali ke dunia lakonan dengan menyertai sebuah pementasan teater.
Namun, dia akhirnya menarik diri akibat kontroversi yang melanda serta masalah kesihatan yang dihadapinya. – Agensi
