Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kim selia ‘ujian latihan taktikal nuklear’

    SEOUL, 10 OKT – Ujian peluru berpandu Korea Utara baru-baru ini melibatkan latihan taktikal nuklear yang diselia oleh pemimpin Kim Jong Un sebagai respons latihan tentera bersama diketuai AS di rantau itu, lapor media kerajaan, hari ini.

    Jong Un pada kongres parti utama, Januari tahun lalu, menggariskan rancangan pembangunan pertahanan lima tahun, menggesa pembangunan senjata nuklear lebih kecil
    dan ringan bagi ‘kegunaan lebih taktikal’.

    Rentetan itu, Seoul, Tokyo dan Washington meningkatkan gabungan latihan tentera laut, beberapa minggu lalu, sekali gus menimbulkan kemarahan Pyongyang yang melihatnya sebagai latihan pencerobohan serta mewajarkan serangan peluru berpandunya sebagai tindak balas perlu.

    Menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) Korea Utara, ujian dibuat baru-baru ini adalah tindak balas kepada latihan bersama negara terbabit, sambil menambah ia ‘di bawah simulasi perang sebenar’.

    Unit tentera Korea Utara terbabit dalam ‘pengoperasian nuklear taktikal melakukan latihan ketenteraan bagi menilai keupayaan pencegahan perang dan serangan balas nuklear negara, dari 25 September hingga 9 Oktober lalu, yang menjadi amaran keras kepada musuh’.

    Katanya, Jong Un, Setiausaha Agung Parti Pekerja Korea dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusatnya, membimbing latihan ketenteraan itu di lokasi latihan.

    Menerusi rundingan yang sudah lama terhenti, Pyongyang menggandakan program senjatanya yang dilarang, selain melancarkan peluru berpandu balistik jarak pertengahan ke atas Jepun, minggu lalu. – AFP

    Kim Jong Un semasa memeriksa ujian peluru berpandu di lokasi tidak didedahkan di Korea Utara. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...