KeyEast menyatakan, “majlis keluar tentera Kim Soo Hyun akan diadakan secara peribadi di pangkalannya.”
Dia tidak akan mengadakan majlis lain lagi kerana dia ingin menghindarkan kesulitan kepada orang yang melalui pangkalan itu.
Dia merancang ingin memberi sedikit ucapan kepada peminatnya dan sesiapa sahaja yang datang pada waktu itu.
Sebagai sebahagian dari batalion mencari dan menyelamat divisyen 1, Kim Soo Hyun akan menyertai majlis khusus tamat tentera.
Kim Soo Hyun telah menyertai servis tentera mandatori pada bulan Oktober 2017. – Agensi
