Monday, March 24, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Soo Hyun mungkin saman keluarga Kim Sae Ron

    Selepas pelbagai spekulasi timbul, pelakon Kim Soo Hyun dikatakan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga mendiang aktres Kim Sae Ron.

    Ia susulan pendedahan yang dibuat oleh ahli keluarga mendiang mendakwa Soo Hyun pernah menjalinkan cinta dengan Sae Ron, menurut laporan mStar.

    Malah gambar-gambar Soo Hyun bersama Sae Ron juga semakin banyak tersebar sehingga mencemarkan nama baik pelakon berkenaan.

    “Satu laporan telah dibuat kerana bimbang pelbagai gambar tidak senonoh akan disebarkan,” jelas wakil peguam kepada Soo Hyun.

    Kenyataan peguam itu bagaimanapun menimbulkan tanda tanya ramai kerana Soo Hyun tidak mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan dia bercinta dengan Sae Ron yang masih di bawah umur.

    Meskipun pernah menafikan perkara tersebut, namun aktor berkenaan masih belum membuat laporan atau mengambil tindakan undang-undang kerana difitnah.

    Isu melibatkan Soo Hyun kini hangat menjadi bualan selepas dia didakwa menjadi punca kematian Sae Ron.

    Selain bercinta dengan gadis bawah umur, Soo Hyun juga dikatakan pernah mendesak Sae Ron untuk menjelaskan hutang sebanyak RM2.1 juta kepada syarikat pengurusannya.

    Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan pada hari jadi ke-37 Soo Hyun. – Agensi

    Soo Hyun mula ambil tindakan undang-undang untuk bersihkan namanya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda