Monday, January 27, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Soo Hyun pesan peminat jangan terbawa-bawa dengan emosi

    Harapan peminat mahu melihat pasangan pelakon Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won bercinta nampaknya tidak kesampaian.

    Soo Hyun sebaliknya menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu.

    Malah Soo Hyun meminta peminat tidak terbawa-bawa dengan emosi hanya kerana sukakan gandingan mereka dalam drama Queen of Tears.

    “Sila tonton drama kami hanya sebagai sebuah lakonan sahaja,” ujarnya.

    Soo Hyun berkongsi perkara itu sebagai balasan kepada komen peminat di aplikasi Bubble.

    Peminat menerusi Bubble meminta aktor itu mengumumkan percintaannya dengan Ji Won kerana menyangka kedua-dua pelakon itu mempunyai hubungan.

    Malah ramai meminta Soo Hyun dan Ji Won melangsungkan perkahwinan.

    “Tolong cepatlah kahwin dengan Ji Won dan kami tak sabar nak tengok anda berdua bergelar suami isteri!

    “Beritahu kepada semua peminat yang anda berdua kini sedang bercinta,” tulis warganet.

    Sejak Queen of Tears ditayangkan pada April tahun lalu, penonton mengharapkan kedua-dua pelakon itu benar-benar jatuh cinta dalam kehidupan realiti.

    Keserasian Soo Hyun dan Ji Won begitu kuat sehingga drama tersebut berjaya meraih antara rating penonton tertinggi di Korea Selatan. – Agensi

    Peminat mahu melihat Soo Hyun dan Ji Won sebagai pasangan kekasih. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda