Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Swee, Hodak, Nafuzi rebut anugerah

    KUALA LUMPUR, 11 DIS – Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee antara tiga individu dicalonkan bagi merebut gelaran Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) musim ini.

    Menerusi kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), bekas ketua jurulatih Malaysia itu dicalonkan bersama pe-ngendali Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak dan Nafuzi Zain selaku jurulatih Terengganu FC (TFC).

    Kim Swee menyifatkan pencalonan tersebut sebagai satu penghargaan apatah lagi ia merupakan tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga Malaysia (Liga M).

    “Ia sangat bagus apabila diberi pengiktirafan seperti ini dan sudah pasti amat penting untuk saya sebagai jurulatih untuk melakukan apa yang sepatutnya kepada pasukan musim ini.

    “Ini tahun pertama saya sebagai jurulatih Sabah dan saya percaya banyak lagi yang kami boleh perbaiki,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Menurut MFL, ABK22 akan berlangsung secara maya pada 9 malam, 15 Disember ini, dengan 16 kategori dipertandingkan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda