Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Taehyung kongsi gambar, berita naik pangkat

    Pada 23 Februari, penyanyi Korea Selatan, Taehyung berkongsi khabar gembira mengenai kenaikann pangkatnya sebagai sarjan di Instagram, disertakan dengan beberapa foto.

    Dalam kapsyennya, dia menulis, ‘Sarjan Kim melaporkan diri dalam keadaan sihat! D-107.

    Selepas musim sejuk yang sangat mencabar, saya akan kembali dengan selamat dan dalam kesihatan yang baik untuk bertemu anda pada musim bunga yang hangat!’

    Perkongsian itu serta-merta mencetuskan kegembiraan dalam kalangan peminat, kerana ia memberikan sekilas pandang yang jarang berlaku mengenai kehidupannya dalam ketenteraan.

    Dalam dua foto, Taehyung memegang sejambak bunga, sambil senyumannya yang bersinar menyerlahkan ketampanannya, menurut laporan allkpop.

    Kim Taehyung yang dikenali sebagai V daripada kumpulan BTS mendapat perhatian para peminatnya selepas berkongsi berita kenaikan pangkat disertai beberapa gambar. – Allkpop

    Gambar-gambar lain menampilkan fizikalnya yang mengagumkan, hasil daripada latihan ketenteraan yang ketat dan rutin senaman konsisten di gim.

    Dia juga mengongsikan beberapa gambar ketika waktu rehat daripada tugasnya dalam ketenteraan.

    Dalam siaran langsung sebelum pendaftarannya, Taehyung berjanji kepada peminat bahawa dia akan ‘meningkatkan berat badannya kepada 86kg’, dan sejak itu, kemajuannya dalam membina tubuh sasa menjadi topik hangat perbincangan.

    Foto-fotonya pantas menarik perhatian dalam pelbagai platform media sosial, menjadikan namanya trending di tempat pertama di X (Twitter) dan menembusi Top 10 tajuk trending dalam laman Weibo, platform media sosial terbesar di China.

    Hanya tinggal 107 hari lagi sebelum Taehyung tamat perkhidmatan, peminat semakin tidak sabar menantikan kepulangannya.

    Taehyung pada ketika ini sedang berkhidmat dalam Pasukan Khas Polis Tentera, Unit Misi Khas dan dijangka akan menamatkan perkhidmatannya pada Jun 2025. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda