Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim tingkat pengeluaran senjata

    SEOUL, 6 OGOS – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un melawat beberapa kilang senjata utama minggu ini, termasuk kemudahan yang menghasilkan enjin untuk peluru berpandu krus strategik, dan menggesa pengeluaran senjata ditingkatkan, lapor media kerajaan hari ini.

    Pemeriksaan tiga hari ke atas kilang-kilang itu dilakukan kurang daripada dua minggu selepas Kim menghadiri perarakan tentera utama bersama pegawai Rusia dan China, mempamerkan senjata terbaharu Korea Utara, termasuk peluru berpandu balistik antara benua dan dron pengintip.

    Kim melawat kilang yang mengeluarkan enjin untuk kenderaan udara tanpa pemandu bersenjata, serta barisan pengeluaran peluru untuk pelbagai pelancar roket berkaliber sangat besar dan pelancar pengangkut-pendiri, lapor agensi berita KCNA.

    Semasa lawatan kilang enjin, Kim menyeru bagi “peningkatan prestasi dan kebolehpercayaan enjin secara berterusan” dan “memperluas kapasiti pengeluarannya dengan pantas,” kata KCNA.

    Kim juga menekankan pemodenan senjata kecil sebagai “perkara paling penting dan mendesak dalam membuat persiapan perang, selaras dengan perubahan aspek perang,” lapor agensi itu.

    Pemeriksaan itu dibuat ketika Korea Selatan dan Amerika Syarikat bersiap sedia untuk latihan ketenteraan besar bersama akhir bulan ini.

    Korea Utara melihat latihan sedemikian sebagai latihan menangkis pencerobohan dan telah berulang kali memberi amaran bahawa ia akan mengambil tindakan ‘lebih besar’ sebagai tindak balas. – AFP

    Kim Jong Un semasa melakukan pemeriksaan senjata di kilang senjata utama di Korea Utara. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda