Wednesday, February 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Woo Bin, Shin Min Ah belum ada perancangan kahwin

    Sudah 10 tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Kim Woo Bin memberitahu dia belum berhasrat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

    Meskipun hubungannya dengan aktres Shin Min Ah tidak mempunyai masalah, Woo Bin, 36, bagaimanapun mendedahkan masing-masing belum ada kata sepakat untuk berkahwin.

    “Saya memang tiada perancangan untuk berkahwin tahun baharu ini.

    “Ya, saya memang ada kenal dengan seseorang personaliti,” kata Kim Woo.

    Dia berkongsi perkara itu ketika menjadi salah seorang tetamu untuk satu sesi temu bual program televisyen Handsome Guys.

    Kenyataan yang dibuat pelakon Officer Black Belt itu sekali gus membuat ramai warga maya tertanya-tanya mengenai status hubungan pasangan itu.

    Malah ada yang meletakkan harapan tinggi untuk melihat mereka berkahwin kerana sudah lama menjalinkan hubungan cinta. – Agensi

    Kim Woo Bin memberitahu dia belum berhasrat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda