Sudah 10 tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Kim Woo Bin memberitahu dia belum berhasrat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Meskipun hubungannya dengan aktres Shin Min Ah tidak mempunyai masalah, Woo Bin, 36, bagaimanapun mendedahkan masing-masing belum ada kata sepakat untuk berkahwin.
“Saya memang tiada perancangan untuk berkahwin tahun baru ini. Ya saya memang ada kenal dengan seseorang personaliti,” kata Kim Woo.
Dia berkongsi perkara itu ketika menjadi salah seorang tetamu untuk satu sesi temu bual program televisyen Handsome Guys.
Kenyataan yang dibuat pelakon Officer Black Belt itu sekaligus membuat ramai warganet tertanya-tanya mengenai status hubungan pasangan itu.
Malah ada yang meletakkan harapan tinggi untuk melihat mereka berkahwin kerana sudah lama menjalinkan hubungan cinta. – Agensi