Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Ye-ji jadi pembunuh upahan

    ‘Penembak tular’ Korea Selatan, Kim Ye-ji, yang kemahiran dan sikap tenangnya memenangi hati warganet di Sukan Olimpik Paris, telah mendapat peranan lakonan pertamanya sebagai pembunuh upahan.

    Atlet berusia 32 tahun itu memenangi pingat perak dalam acara pistol angin
    10m wanita pada Julai lalu dan sikapnya yang sangat tenang, digabungkan dengan cermin mata berbingkai dawai dan topi besbol, menjadikannya sensasi dalam talian di seluruh dunia.

    Apabila video aksinya menjadi tular, dia mendapat pujian daripada individu seperti Elon Musk.

    “Dia patut membintangi filem aksi. Tak perlu berpura-pura!” tulis Musk di platform media sosial X pada masa itu.

    Kini, dia akan memainkan watak pembunuh upahan dalam Crush, siri pendek spinoff daripada projek filem global, Asia, kata jurucakap firma hiburan yang berpangkalan di Seoul, Asia Lab, kepada AFP pada Jumaat.

    Kim akan digandingkan bersama pelakon dan pempengaruh India, Anushka Sen, kata syarikat itu dalam satu kenyataan berasingan, menyatakan bahawa mereka teruja untuk menyaksikan ‘sinergi yang berpotensi muncul daripada transformasi baharu Kim Ye-ji dan Anushka Sen menjadi pasangan pembunuh’. – AFP

    Kim akan berlakon sebagai pembunuh upahan bersama Anushka Sen. – ANN/The Korea Herald
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda