Pelakon Indonesia, Kimberly Ryder merasakan dirinya lebih tenang dan berada dalam baik apabila menutup aurat dengan sempurna.
Menurut Kimberly Alvionella Ryder, 32, dia kini dalam proses untuk berpakaian lebih sopan dan berhijab secara perlahan-lahan.
“Saya cuba untuk memakai pakaian yang lebih tertutup dan mengenakan tudung sedikit demi sedikit.
“Mungkin saya berasa lebih cantik apabila bertudung dan lebih selesa kerana tidak perlu lagi memikirkan tentang rambut,” katanya.
Dalam pada itu, Kimberly memberitahu hasratnya untuk berhijab adalah satu keputusan peribadi yang ingin dilaksanakannya pada masa hadapan.
Tambahnya, keputusan itu dibuat tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
“Saya perlu menetapkan niat dan pemikiran ini untuk masa hadapan.
“Alhamdulillah, pengajian agama yang saya hadiri tidak terlalu tegas, sesuai untuk individu seperti saya,” ujarnya.
