Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kimia bocor: 8 dikejarkan ke hospital

    SYDNEY, 19 Sept – Satu kejadian kebocoran kimia di salah sebuah hotel mewah di Sydney hari ini telah menyebabkan lapan orang dikejarkan ke hospital berhampiran dan 24 yang lain dirawat di tempat kejadian, menurut salah seorang jurucakap Ambulan Negeri New South Wales.

    Tetamu di Hotel Pullman Sydney Hyde Park dirawat kerana mengalami masalah sakit mata dan pernafasan, tambah jurucakap itu kepada Xinhua.

    Meskipun dengan keadaan panik di awal kejadian, dia telah mengesahkan bahawa semua orang kini sudah menerima rawatan dan dalam keadaan stabil.

    Empat buah trak dan 16 anggota bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian pada tingkat 20,21 dan 22 bangunan pada jam 9 pagi waktu setempat selepas bau yang kuat telah dikesan.

    “Ia terjadi pada tingkat kolam renang,” jelas jurucakap itu.

    “Seseorang sedang melakukan sesuatu kerja pada kolam renang dan kelihatannya terdapat campuran kimia yang tidak menjadi.

    “Akibatnya asap kimia itu bocor dan memasuki kawasan bangunan.”

    Campuran kimia itu, dilaporkan klorin dan asid hidrolik, kemudian memasuki sistem pengudaraan. Pihak polis menggesa orang ramai dan pengguna jalan raya untuk menjauhkan diri dari kawasan itu, meskipun tiada ancaman berterusan pada orang awam setakat ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda