Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kimmich akhirnya setuju ambil vaksin

    BERLIN, 13 DIS – Pemain tengah Bayern Munich, Joshua Kimmich membuat keputusan untuk mengambil vaksin COVID-19 selepas sembuh jangkitan berkenaan yang menyebabkannya tidak boleh beraksi sehingga bulan depan.

    “Apabila ia disyorkan dan tiba masa yang sesuai, saya akan mengambil vaksin,” kata Kimmich dalam satu temu bual.

    Pemain antarabangsa Jerman itu, yang sehingga sekarang masih belum divaksin berkata, dia perlu diberikan sedikit masa sebelum disuntik, selepas baru sembuh daripada jangkitan virus berkenaan.

    Kimmich menimbulkan perdebatan hangat Oktober lalu apabila dia mendedahkan untuk menolak vaksin atas alasan peribadi.

    “Sukar untuk menangani ketakutan dan kebimbangan saya, itulah sebabnya saya tidak membuat keputusan untuk sekian lama.

    “Saya fikir saya boleh melindungi diri saya daripada virus itu jika saya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dan diuji secara berkala,” katanya.

    Pemain berusia 26 tahun itu menambah bahawa dia sudah menetapkan temu janji vaksinasi sebelum dia dijangkiti virus itu bulan lalu, dan mengakui bahawa adalah lebih baik untuk melakukannya lebih awal.

    “Kita sentiasa bercakap tentang rasa hormat, toleransi dan keterbukaan, ia nilai-nilai yang saya rasa hilang ketika perdebatan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda