KINABATANGAN, 28 JUN – Kerajaan negeri Sabah dalam usaha mendaftarkan Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera di bawah program Manusia dan Biosfera (MAB) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata ia sebagai pengiktirafan daerah berkeluasan 6,605km persegi itu terhadap sumber semula jadi dengan