Friday, February 21, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘King Oyen’ curi perhatian

    PUTRAJAYA, 28 OGOS – Meskipun bukan tetamu rasmi atau khas, kemunculan istimewa seekor kucing yang popular menerusi media sosial yang dikenali sebagai ‘King Oyen’ mencuri perhatian pada hari ketiga raptai separa perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023, hari ini.

    Dengan memakai pakaian berwarna Jalur Gemilang berserta tanjak songket dan cermin mata hitam, kucing berusia empat tahun itu dibawa pemiliknya, Siti Zalifah Abdul Aziz dengan menaiki basikal di Dataran Putrajaya seawal 6 pagi bagi menambah ‘mood’ Hari Kebangsaan, Khamis ini.

    Orang ramai yang hadir melihat persiapan raptai sambutan Hari Kebangsaan itu nyata turut teruja dan mengambil foto bersama kucing berbulu oren itu selain ‘terpukau’ dengan persembahan perbarisan, perarakan, persembahan dan pertunjukan udara yang diterajui
    Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Siti Zalifah berkata kucing yang sangat patuh pada arahannya itu gemar berbasikal dengan beliau sejak 2020 dan haiwan fotogenik yang mesra dengan orang ramai.

    “Pakaian ini khas untuk memeriahkan suasana Hari Kebangsaan. Semangat kemerdekaan ini bukan hanya untuk kita, tetapi juga King Oyen. Tahun lepas pun, King Oyen datang sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Khamis ini akan turut berada di sekitar Dataran Putrajaya,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini. – Bernama

    Kemunculan istimewa seekor kucing yang popular menerusi media sosial yang dikenali sebagai ‘King Oyen’ mencuri perhatian pada hari ketiga raptai separa perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda