Thursday, April 17, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kings bangkit tundukkan Pistons

    DETROIT, 8 APRIL – Zach LaVine menjaringkan 43 mata, termasuk 17 mata pada suku keempat, manakala DeMar DeRozan menambah 37 mata ketika Sacramento Kings bangkit menewaskan Detroit Pistons 127-117 semalam, sekali gus mengukuhkan peluang mereka untuk perlawanan play-in dengan kelebihan laman sendiri.

    Domantas Sabonis menyumbang 19 mata, 15 rebound dan 10 assist untuk Kings, yang kini mencatat tiga kemenangan berturut-turut dan mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding Dallas untuk kedudukan kesembilan dalam Western Conference.

    Cade Cunningham menjaringkan 35 mata manakala Tim Hardaway Jr menambah 19 mata untuk Detroit, yang kini tewas empat daripada lima perlawanan terakhir mereka.

    Pistons memulakan suku kedua dengan keputusan 29-10 untuk mendahului 66-48.

    DeRozan kemudian menjaringkan lapan daripada 14 mata seterusnya untuk Kings bagi
    mengurangkan jurang kepada 72-62 pada separuh masa.

    Sacramento berada di hadapan buat kali pertama dalam separuh masa kedua, 97-94, apabila LaVine menjaringkan tiga mata kurang daripada satu saat sebelum suku ketiga tamat.

    Kings tidak pernah melepaskan kelebihan itu dan jarak paling hampir yang mampu dicapai Detroit adalah 106-105 hasil permainan tiga mata oleh Cunningham dengan baki 9:16 dalam permainan. – AP

    Aksi DeMar DeRozan (kiri) menggelecek melepasi Ausar Thompson, pada separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA, pada 7 April, di Detroit. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda