Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kings lepaskan DeMarcus Cousins

    NEW YORK, 22 Feb – Pemain bintang DeMarcus Cousins telah membuat pertukaran dari Sacramento Kings ke New Orleans Pelicans baru-baru ini, dalam satu pertukaran blokbuster NBA yang melibatkan perjanjian dengan lima pemain dan dua ‘draft pick’.

    Cousins dan Omri Casspi akan menyertai Pelicans, sementara New Orleans menghantar Buddy Hield, Tyreke Evans, Langston Galloway, ‘draft pick’ pusingan pertama NBA 2017 dan pusingan kedua pemilihan 2017 kepada Kings.

    Cousins, mempunyai purata mata terbaik 27.9 dalam satu perlawanan dalam musim ketujuhnya di NBA, akan terus bergandingan dengan pemain depan Pelicans, Anthony Davis, yang mempunyai purata 27.7 mata dan telah menjaringkan rekod 52 mata dalam perlawanan NBA All-Star hujung minggu lepas, pastinya menjadi barisan depan yang berbahaya.

    DeMarcus Cousins (kanan) ketika beraksi untuk Sacramento Kings menentang Los Angeles Lakers baru-baru ini. - AP
    DeMarcus Cousins (kanan) ketika beraksi untuk Sacramento Kings menentang Los Angeles Lakers baru-baru ini. – AP

    “Sudah tiba masanya untuk satu perubahan dan saya telah membuat keputusan ini adalah haluan yang terbaik bagi pertubuhan,” kata timbalan presiden operasi bola keranjang dan juga pengurus besar Kings, Vlade Divac.

    Cousins, yang boleh menjadi ejen bebas selepas musim depan, mengharungi NBA dengam 17 faul teknikal dan pernah bertengkar dengan beberapa orang jurulatih tetapi ‘draft pick’ pada 2010 daripada lima keseluruhan itu telah meningkatkan purata jaringannya dalam empat musim berturut-turut.

    Dengan kedudukan 24-33, Kings satu setengah perlawanan di belakang Denver bagi kedudukan kelapan dan tempat terakhir playoff dalam Western Conference. Pelican pula 23-34. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda