LOS ANGELES, 2 MEI – Pemain bintang Los Angeles, LeBron James menjaringkan 16 mata selepas kembali kerana diketepikan bagi tempoh yang panjang dalam karier NBA pada Jumaat, tetapi Sacramento Kings bangkit untuk menewaskan Lakers 110-106 di Staples Center.
James, terlepas 20 perlawanan dengan masalah buku lali, menamatkan perlawanan dengan lapan rebound dan tujuh assist, tetapi dia turut mencatat lima turnover dalam 32 minit permainan.
“Saya memulakan perlawanan tanpa mengalami kecederaan. Ia permulaan yang sangat bagus,” kata James.
Juara bertahan, Lakers berpuas hati dengan kepulangan Pemain Paling Berharga (MVP) NBA sebanyak empat kali itu untuk memacu Lakers, tetapi James dijangka akan beraksi ke tahap prestasi sebenar dengan segera bagi membantu mengembalikan prestasi yang melayakkan mereka ke playoff.
“Untuk perlawanan pertama saya dalam enam minggu, saya merasa okey,” dedah James. – AFP
