Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Seramai 318,681 orang iaitu 74.1 peratus daripada jumlah penduduk negara telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat kelmarin (18 November). Ini bermakna, negara cuma memerlukan 5.9 peratus sahaja lagi untuk mencapai 80 peratus penduduk melengkapkan dua dos vaksin bagi beralih daripada Fasa Peralihan ke Fasa Endemik