Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kinoshi puji semangat juang skuad Red Giants

    KUALA LUMPUR, 28 FEB – Biarpun kerugian gagal mengutip tiga mata, ketua jurulatih Selangor FC Katsuhito Kinoshi tetap memuji anak buahnya yang mampu bertahan hingga wisel penamat untuk terikat tanpa jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

    Beliau berkata walaupun ia bukan keputusan yang diinginkan, tapi memadai buat skuad Gergasi Merah yang mengekalkan mengekalkan defisit lapan mata dengan Sang Badak dalam perebutan bergelar naib juara Liga Super 2024-2025.

    “Ia perlawanan yang sengit, kita mempunyai banyak peluang tapi gagal terjemahkan ke dalam gol. Sabah juga ada banyak peluang dan inilah keputusannya 0-0.

    “Kita masih dapat mengekalkan perbezaan lapan mata dengan Sabah,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

    Beliau berkata Selangor yang merekodkan 13 kemenangan setakat ini, tekad mencipta keputusan positif pada baki tiga perlawanan sebelum saingan liga menutup tirai.

    Semalam, Selangor dan Sabah buntu untuk mencipta sebarang jaringan untuk terikat 0-0 selepas 90 minit perlawanan, menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua Liga Super dengan 43 mata diikuti Sabah ketiga dengan 35 mata.

    Selangor dijadualkan berdepan Kelantan Darul Naim FC di Stadium MBPJ manakala Sabah menghadapi Terengganu FC di tempat lawan. – Bernama

    Aksi pemain Selangor FC Yohandry Jose Orozco Cujia diasak oleh beberapa pemain Sabah FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 27 Februari. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Barca menang bergaya atasi Athletic, rasmikan stadium Camp Nou

    BARCELONA, 23 NOV - Barcelona kembali dengan penuh gemilang...

    Pogba kembali beraksi setelah lebih 2 tahun

    PARIS, 23 NOV- Paul Pogba yang telah lama dinanti-nantikan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...