NARUTO, TOKUSHIMA – Sanyuan merupakan sebuah bengkel di mana kipas dihasilkan dengan menternak ulat sutera pada batang buluh di Naruto, Wilayah Tokushima.
Mieko Tomoeda, 68, memulakan bengkel untuk objek kecil di rumahnya selepas beliau bersara daripada pekerjaannya di pejabat bandar kira-kira 10 tahun yang lalu.
Beliau belajar cara menternak ulat sutera di Wilayah Gunma dan tempat-tempat lain
di mana penternakan sutera berkembang maju.
Di Sanyuan, ulat sutera diternak pada daun mulberi dan kira-kira 10 daripadanya diletakkan pada setiap rangka kipas buluh.
Ia mengambil masa kira-kira tiga hari untuk ulat menutup rangka dengan sutera yang dihasilkan.
Tomoeda boleh mencipta kira-kira 60 kipas dalam setahun, tetapi hanya dapat menghasilkan kira-kira 10 kipas setakat tahun ini, sebahagiannya disebabkan oleh pertumbuhan ulat sutera yang lemah di tengah-tengah kepanasan musim panas yang terik.
Kipas-kipas itu dijual di kawasan rehat tepi jalan dan lokasi lain di bandar.
Menurut kerajaan wilayah dan pihak lain, serikultur pernah berkembang maju di wilayah itu, tetapi ia telah merosot sejak tahun 1980an. “Saya harap saya dapat memelihara sejarah serikultur untuk generasi akan datang dengan cara saya sendiri,” kata Tomoeda.
– ANN/Japan News


