Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kira-kira 1.7 juta penduduk Gaza terpaksa tinggalkan kediaman

    AMMAN, 8 APRIL – Lebih 1.7 juta penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa melarikan diri sejak konflik Israel-Hamas meletus Oktober tahun lepas, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada kelmarin, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

    “Sejak bermulanya perang, kemudahan UNRWA telah diubahsuai untuk menyediakan tempat perlindungan kepada ribuan keluarga yang tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya di platform X.

    Laporan yang disokong oleh PBB telah memberi amaran mengenai kebuluran yang ‘dijangka dan akan berlaku’ di utara Gaza.

    Bilangan penduduk di wilayah Palestin itu yang menghadapi ‘tahap malapetaka’ kebuluran meningkat hampir dua kali ganda sejak Disember lepas.

    Sebilangan besar penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal akibat perang Israel, dan kebanyakan infrastruktur penjagaan kesihatan di wilayah yang dikepung itu telah musnah. – Bernama

    Penduduk Palestin melarikan diri dari utara Gaza ketika kereta kebal Israel menyekat jalan Salah al-Din di tengah Semenanjung Gaza pada 24 November 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda