Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian dan Penghantaran Pulang negara itu, lapor Xinhua memetik laporan TOLOnews.

    Menurut jurucakap kementerian, Abdul Mutalib Haqqani berkata wang tunai dan bekalan makanan telah diagihkan kepada mereka yang kembali ke tanah air.

    Dianggarkan lebih 2.5 juta pelarian Afghanistan tinggal di Pakistan dan jumlah yang hampir sama berada di Iran.

    Kerajaan sementara Afghanistan terus menggesa rakyatnya yang berada di luar negara untuk kembali dan membantu membangun semula negara yang telah dilanda perang itu. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...