Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kira-kira 40 terperangkap dalam runtuhan terowong

    DEHRADUN, 12 NOV – Kira-kira 40 pekerja pembinaan terperangkap hari ini selepas terowong jalan yang mereka bina runtuh di utara India, dengan pasukan penyelamat berusaha untuk menyelamatkan mereka di bawah timbunan runtuhan.

    Runtuhan itu berlaku pada awal pagi hari ini di negeri Himalaya Uttarakhand ketika sekumpulan pekerja sedang bergerak keluar dan pekerja gantian sedang masuk.

    “Kira-kira 200 meter terowong telah runtuh,” kata Durgesh Rathodi, pegawai kecemasan bencana kebangsaan, kepada AFP dari lokasi kejadian.

    “Kira-kira 40 hingga 41 pekerja terperangkap di dalam. Oksigen sedang dibekalkan melalui runtuhan, tetapi lebih banyak runtuhan telah berlaku ketika penyelamat cuba mengalihkan halangan.”

    Terowong sepanjang 4.5 kilometer itu sedang dibina antara Silkyara dan Dandalgaon untuk menghubungkan dua tokong Hindu yang paling suci iaitu Uttarkashi dan Yamnotri.

    Gambar-gambar yang diberikan oleh pasukan penyelamat kerajaan menunjukkan longgokan konkrit yang besar menghalang terowong yang luas, dengan bar-bar besi yang berpintal pada bumbungnya yang pecah menjulur di depan runtuhan.

    “Semoga pekerja yang terperangkap di dalam terowong itu dibawa keluar dengan selamat,” tulis ketua menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami di platform media sosial X. – AFP

    Gambar The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda