Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kira-kira 50 pengamal media tempatan diraikan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Kira-kira 50 orang pengamal media tempatan yang terdiri daripada wartawan dan penyunting dari sektor media cetak, elektronik dan dalam talian di negara ini telah diraikan pada Majlis Makan Tengah Hari dan Penghargaan Media bertemakan Media Get-Together yang dianjurkan oleh Kedutaan Thailand di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai ketika berucap pada majlis di Kedutaan Besar Thailand, Kampung Kiarong itu antara lain menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak media yang terlibat dalam membuat segala liputan dan bekerjasama dalam acara-acara yang dikendalikan oleh kedutaan berkenaan selama ini.

    Menurut beliau, majlis berkenaan merupakan tanda penghargaan kepada para pengamal media sekali gus dijadikan sebagai masa dan peluang untuk mengenali lebih dekat antara satu sama yang lain.

    Pada majlis tersebut, para jemputan dan pengamal media yang diundang telah disajikan pelbagai juadah makanan Thailand yang disediakan oleh restoran-restoran makanan Thailand yang terkemuka di negara ini.

    Di samping itu, para undangan yang bertuah juga berpeluang membawa balik beberapa hadiah istimewa dalam cabutan bertuah seperti baucar makan di restoran Thailand di sini.

    PYT Boosara Kanchanalai dan pengamal media tempatan bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda