Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kira-kira 500 pendatang Honduras cuba sampai ke AS

    SAN PEDRO SULA, 21 JAN – Kira-kira 500 pendatang Honduras dalam karavan bertolak sebelum subuh kelmarin dari bandar utara San Pedro Sula dengan harapan untuk sampai ke Amerika Syarikat (AS).

    Ini merupakan kumpulan pertama seumpamanya sejak Januari 2022 dan terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak yang kebanyakannya datang dari kawasan pedalaman dan selatan Honduras, di mana ramai pekerja ladang kehilangan pekerjaan mereka disebabkan oleh penutupan beberapa ladang.

    “Kami berazam untuk meneruskan usaha ini kerana di sini keadaan kami lebih teruk. Kami tidak mempunyai pekerjaan. Kami lapar,” kata Edgar Ivan Hernandez, seorang pekerja ladang berusia 26 tahun yang sedang dalam perjalanan bersama tiga saudara-maranya.

    Sepupunya, Arnold Ulises Hernandez berkata mereka terdorong untuk menyertai kumpulan karavan itu selepas mengetahui tentangnya di rangkaian media sosial. “Cara terbaik ialah keluar secara berkumpulan kerana dengan cara ini, kami tidak banyak dihalang oleh polis atau imigresen,” katanya.

    Sebilangan besar pendatang merentasi Amerika Tengah dan Mexico dalam kumpulan kecil, menggunakan pelbagai jenis pengangkutan dan rangkaian penyeludupan. Hanya segelintir yang membentuk kumpulan besar. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...