Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kisah Arabella dukung falsafah RB

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Anak kecil berusia dua bulan yang memerlukan pembedahan jantung segera di Kuala Lumpur telah mendapat respons segera daripada Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) untuk menaja tambang penerbangan pergi balik.

    Menurut kenyataan, pada Ogos lalu, RB segera menunaikan permintaan Datin Paduka Dr Lim Meng Keang dan Pasukan Pediatrik di Hospital RIPAS untuk menaja tambang penerbangan pergi balik bagi penduduk tetap, Arabella Gilvanni Anak Zulhelmi dan ibunya bersama seorang jururawat.

    Arabella memerlukan pembedahan jantung segera di Kuala Lumpur, prosedur menyelamatkan nyawa yang dibiayai oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    RB berbesar hati untuk membantu dan memastikan Arabella dapat melakukan perjalanan dengan selamat untuk rawatan kritikal berkenaan.

    Sokongan ikhlas ini mencerminkan nilai teras RB dan falsafah perkhidmatan Ikhlas From The Heart yang akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 syarikat penerbangan itu pada 18 November ini.

    Arabella yang berusia dua bulan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, selepas berjaya menjalani pembedahan jantung di Kuala Lumpur. – GAMBAR SERAHAN SHIREEN ANAK TAIP

    Perjalanan Arabella adalah salah satu daripada banyak contoh bagaimana RB terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, memberikan sokongan penting semasa krisis.

    Sepanjang lima dekad yang lalu, RB dengan bangganya telah berkhidmat sebagai jambatan penghubung Brunei kepada dunia dan sebagai ahli komuniti yang berdedikasi komited untuk membantu apabila diperlukan.

    Falsafah perkhidmatan Ikhlas From The Heart mencerminkan komitmen RB terhadap belas kasihan dan rasa peduli.

    Sepanjang sejarah 50 tahunnya, RB telah banyak membantu individu dan keluarga, menawarkan pengangkutan untuk kecemasan perubatan, misi kemanusiaan dan program kebajikan masyarakat.

    Usaha ini menekankan long-standing promise syarikat penerbangan itu untuk berkhidmat dengan ikhlas dan membuat perubahan positif dalam kehidupan mereka yang memerlukan.

    Oleh yang demikian, kisah Arabella dan keluarganya mengingatkan kita tentang kuasa kebaikan.

    Ketika RB meneruskan perjalanannya ke hadapan, ia juga didorong dengan kepercayaan bahawa setiap tindakan belas kasihan itu membawa penyatuan yang lebih erat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda