Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kisah dua buah pulau di Caribbean

    THE VALLEY – Anguilla yang terletak di kawasan kepulauan Caribbean hidup dalam harmoni dan berjiran dengan Saint Martin namun sempadan pulau kecil itu tidak lama lagi akan berada di ambang kebimbangan berikutan isu Brexit.

    Pulau kecil yang mempunyai laut yang membiru ini akan terpisah dari Saint Martin di mana Anguilla berada di bawah kekuasaan pihak British manakala pulau yang lebih besar, Saint Martin di bawah pentadbiran negara Perancis di bahagian utara dan pentadbiran Belanda di bahagian selatan.

    Ketua Menteri, Victor Banks berkata bahawa Anguillians telah menganggap Saint Martin sebagai pusat bandar Anguilla.

    “Penduduk Aguilla pergi ke pulau besar ini untuk membeli-belah, menjalankan aktiviti perniagaan atau untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan,” katanya kepada media AFP.

    Britain terletak lebih 4,000 batu dari pantai putih Aguilla yang mempunyai penduduk sekitar 15,000 orang.

    Sekitar 80 peratus daripada ekonomi Anguilla berdasarkan kepada perkhidmatan khususnya sektor pelancongan luar pesisir. – AFP
    Ketua Menteri Pulau Anguilla, Victor Banks ketika bersama media. – AFP

    Pulau Anguilla mempunyai penduduk sekitar 15,000 orang. – AFP

    Selepas menaiki sebuah feri yang memakan masa selama 25 minit perjalanan, pengunjung dari Saint Martin akan melalui pintu masuk di kawasan pelabuhan di Blowing Point, Pulau Anguilla. Anguilla dan jirannya telah musnah berikutan Badai Irma pada bulan September tahun lepas.

    “Penduduk di antara kedua-dua pulau ini mempunyai hubungan keluarga yang sangat rapat,” kata Tim Foy, pegawai kerajaan British yang juga merupakan perwakilan Queen Elizabeth II di wilayah itu.

    Catatan yang telah dibuat pada tahun 2017 telah melaporkan banyak keluarga telah hilang semasa Badai Irma berlaku malah laporan itu menyatakan sekitar 300,000 pergerakan penduduk antara Anguilla dan Saint Martin dicatatkan pada tahun 2016.

    Pergerakan bebas yang merangkumi barangan dan penduduk di antara kedua-dua buah pulau ini adalah tulang belakang kepada sebuah sejarah, kata Sherman Williams, pengurus kewangan pihak berkuasa udara dan laut Anguilla, yang mengendalikan tiga pelabuhan di pulau Anguilla.

    Pengurusan tradisional secara sah telah diperkuat oleh peraturan EU sebelum ini tetapi kini ia telah dipertikaikan disebabkan oleh keputusan British untuk meninggalkan kesatuan EU. Sistem penguasaan dalaman pulau tersebut tidak mengambil bahagian dalam proses undian pada tahun 2016.

    Ibu kota dan bandar terbesar di Anguilla, The Valley, terletak di sekitar tiga jalan utama, dikelilingi dengan bangunan pentadbiran, kedai runcit yang kecil dan beberapa buah bangunan moden di mana ada kalanya, kawanan kambing akan berjalan dan merayau-rayau.

    Memisahkan ikatan kekeluargaan

    Terdapat sedikit kebimbangan mengenai aspek kesihatan dan ekonomi di pulau ini. Bantuan pembangunan dari EU telah menyumbang satu sehingga dua peratus daripada bajet Anguilla iaitu sekitar AS$6 hingga 7 juta, malah kerajaan pulau itu merancang untuk berunding untuk mendapatkan wang pengganti selepas Brexit dengan London.

    Sekitar 80 peratus daripada ekonomi Anguilla berdasarkan kepada perkhidmatan khususnya sektor pelancongan luar pesisir, yang tergantung kepada aliran rentas sempadan yang tidak bermasalah sebelum ini. Kebanyakan pelancong yang melalui penerbangan yang lama akan datang melalui lapangan terbang yang lebih besar di Saint Martin, yang terkenal dengan kehebatan landasannya yang terletak di tepi pantai.

    “Kami tidak tahu apa sebenarnya maksud Brexit untuk Anguilla,” kata Shellya Rogers, pengurus urusan korporat Lembaga Pelancongan Anguilla. Walaupun sekitar 80 peratus daripada pelancongan pulau itu datang dari Amerika Syarikat, pengunjung dari benua Eropah menghadapi beberapa sekatan di dalam perjalanan mereka, termasuk aplikasi visa,” tambahnya.

    Selain itu, terdapat juga kebimbangan di beberapa wilayah yang lain di Caribbean di dalam pentadbiran British seperti Kepulauan British Virgin, Cayman Island, Montserrat dan Turks and Caicos.

    Bank berkata bahawa negara-negara ini sentiasa bekerjasama namun tidak mengalami situasi yang dihadapi oleh Anguilla yang bergantung pada hubungannya dengan negara-negara jiran yang berada di bawah pentadbiran negara-negara EU.

    Presiden Wilayah Perancis, Saint Martin, Daniel Gibbs merupakan sepupu Banks dan berkongsi pandangannya. Dia berharap Brexit tidak akan mengenakan perubahan yang dramatic di kedua-dua pulau ini nanti.

    “Kami bertekad untuk mewujudkan memorandum persefahaman bagi memudahkan lagi pertukaran yang sering mencirikan perhubungan kami,” kata Gibbs kepada media.

    Williams telah menyimpulkan bagaimana rakyat di ketiga-tiga bidang kuasa ini melihat diri mereka sebagai satu dan mempunyai kesamaan.

    “Brexit mungkin dibenarkan di Eropah, namun di Caribbean, ia seperti satu pemisah keluarga. Keluarga, kawan, budaya, etnik dan warisan, semua adalah sama,” kata pengurus kewangan pihak berkuasa udara dan pelabuhan itu.

    “Kesan Brexit bukan sahaja terhadap barangan dan perkhidmatan tetapi juga terhadap perhubungan dalam kalangan penduduk Caribbean,” tambahnya.

    “Persoalannya, bolehkah penduduk Caribbean akan terus menjalani kehidupan mereka di bawah keputusan yang dikeluarkan oleh sebuah negara di benua Eropah?. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda