Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kisah Paul McCartney selepas The Beatles bakal ditayang

    Prime Video sedang mengiklankan satu siri dokumentari Man on the Run yang menceritakan kerjaya Paul McCartney selepas meninggalkan kumpulan legenda, The Beatles.

    Pratonton yang dikeluarkan kelmarin menunjukkan artis itu bergelut dengan pelbagai persoalan susulan kejayaan besarnya bersama kumpulan itu, menurut laporan UPI.

    “Saya terfikir, ‘Apa yang perlu saya lakukan sekarang? Bolehkah saya buat sesuatu yang hampir sehebat The Beatles?'” katanya dalam iklan video tersebut.

    Dokumentari itu memaparkan segala percubaannya untuk menjawab soalan tadi.

    “Melalui akses yang belum pernah ada sebelumnya kepada rakaman yang belum pernah dilihat sebelum ini dan bahan arkib yang jarang ditemui, dokumentari itu merakam era transformatif Paul selepas Beatles melalui lensa yang unik dan terdedah,” menurut sinopsis rasmi.

    Dokumentari itu akan ditayangkan pada 25 Februari selepas tayangan terhad di pawagam, yang merupakan sebahagian daripada kerjasama McCartney dengan Amazon dan Universal Music Group, menurut siaran media.

    Beliau juga akan mengeluarkan sebuah buku di Amazon dan Audible pada 4 November, bertajuk Wings: The Story of a Band on the Run. – Agensi

    Paul McCartney semasa membuat persembahan di Stadium Camping World pada tahun 2022. Dokumentari akan ceritakan kisahnya selepas tinggalkan The Beatles. –UPI

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini