Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kishida bakal Perdana Menteri baharu Jepun

    TOKYO, 29 SEPT – Parti pemerintah Jepun memilih bekas menteri luarnya, Fumio Kishida sebagai pemimpin baharu hari ini, meletakkan beliau sebagai bakal Perdana Menteri seterusnya bagi ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

    Pemimpin berpandangan sederhana itu menewaskan ketua vaksin yang popular, Taro Kano, dalam persaingan sengit yang luar biasa, bagi menggantikan Perdana Menteri, Yoshihide Suga, yang berundur selepas hanya setahun memegang jawatan.

    Kishida, 64, akan disahkan sebagai Perdana Menteri baharu dalam satu undian di Parlimen pada 4 Oktober ini dan akan memimpin partinya menuju pilihan raya umum yang mesti diadakan menjelang November.

    Beliau yang berasal daripada keluarga politik dari Hiroshima sudah lama menyasarkan jawatan itu, namun gagal tahun lalu selepas tewas kepada Suga.

    Beliau menjadi calon pertama yang memasuki persaingan berdasarkan kempen rangsangan pandemik, menyatakan dirinya sebagai pendengar yang membawa kotak cadangan ke acara bagi menerima cadangan daripada rakyat.

    Bagaimanapun, persaingan itu amat sengit, di mana Kishida mengalahkan Kano dengan hanya satu undi pada pusingan pertama dalam pengundian oleh anggota dan Ahli Parlimen Parti Demokratik Liberal (LDP) itu.

    Beliau memperoleh kemenangan selesa pada pusingan kedua dengan 257 undi dan Kono dengan 170 undi.

    Dua calon lain, pemimpin kanan Sanae Takaichi dan bekas Menteri Kesaksamaan Gender, Seiko Noda, gagal melepasi undian pusingan pertama. – AFP

    Fumio Kishida menghadiri sidang media di ibu pejabat Parti Demokratik Liberal selepas dipilih presiden parti di Tokyo kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda