Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Kishida sedia bertemu Kim

    TOKYO, 15 SEPT – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida bersedia untuk bertemu dengan Kim Jong Un dari Korea Utara ‘tanpa sebarang syarat’, kata seorang pegawai tinggi kerajaan hari ini.

    Perdana menteri sebelum ini berkata beliau bersedia untuk berunding dengan Kim, tetapi jemputan yang diulangi itu muncul selepas pemimpin Korea Utara pergi ke Rusia untuk bertemu Presiden Vladimir Putin minggu ini.

    Pertemuan itu mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan perjanjian senjata selepas pegawai AS memberi amaran bahawa Moscow sedang mencari peluru untuk digunakan dalam konflik Ukraine.

    “Kami ingin mengadakan perbincangan peringkat tinggi di bawah kawalan langsung perdana menteri untuk mencapai mesyuarat puncak secepat mungkin,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Hirokazu Matsuno kepada pemberita dalam sidang media biasa.

    Kishida ‘telah menyatakan keazamannya untuk bersemuka secara langsung’ dengan Kim pada ‘bila-bila masa dan tanpa sebarang syarat’, kata Matsuno. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...