Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kishida sertai sidang kemuncak tiga hala

    TOKYO, 31 JULAI – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Amerika Syarikat (AS) bulan depan untuk mengambil bahagian dalam sidang kemuncak tiga hala dengan pemimpin AS dan Korea Selatan, kata kerajaan Jepun hari ini.

    “Perdana Menteri Kishida, jika keadaan mengizinkan, akan melawat AS pada 17 Ogos dan menghadiri sidang kemuncak tiga hala Jepun-AS-Korea Selatan di Camp David pada 18 Ogos.

    “Selain berbincang tindakan terhadap Korea Utara, sidang kemuncak itu akan bertukar pendapat mengenai pengukuhan kerjasama strategik tiga hala serta memelihara dan mengukuhkan ketenteraman dunia yang bebas dan terbuka berdasarkan kedaulatan undang-undang,” Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno memberitahu taklimat, lapor Sputnik.

    Pertemuan itu akan menjadi sidang kemuncak AS-Jepun-Korea Selatan yang pertama diadakan secara bebas dan bukan di luar acara antarabangsa.

    Sidang kemuncak tiga hala terbaharu antara ketua ketiga-tiga negara berlangsung semasa sidang kemuncak G7 di Hiroshima pada Mei. – Bernama

    DARI KIRI: Presiden AS, Joe Biden, Perdana Menteri Kishida Fumio dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bersalaman sebelum mesyuarat tiga hala di Hiroshima pada 21 Mei 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda