Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kisona tekad bangkit semula

    AARHUS, DENMARK, 12 OKT – Pemain perseorangan wanita Malaysia, S. Kisona mengakui pretasinya tidak berada pada tahap terbaik buat masa ini, tetapi berjanji akan bekerja keras untuk kembali mendapatkan rentaknya dalam masa terdekat.

    Pemain berusia 23 tahun yang dikejutkan dengan kekalahan 9-21, 14-21 kepada pemain ranking ke-183 Talia Ng dari Kanada pada aksi terakhir Kumpulan D, Piala Uber malam tadi (awal pagi Selasa di Malaysia), meminta peminatnya supaya bersabar dan terus memberikan sokongan buatnya untuk kembali bangkit.

    Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu berkata ini bukan kali pertama beliau bergelut dengan prestasi merudum, apabila hilang bisa pada awal tahun ini dan ketika All England pada Mac, tetapi berjaya bangkit menjuarai kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol, Jun lepas.

    Bagaimanapun, susulan menghadapi masalah kesihatan selepas kejohanan di La Nucia itu, prestasi pemain ranking ke-53 itu kembali merudum, dan beliau masih tercari-cari rentaknya.

    “Saya rasa, tahap kecerdasan saya masih boleh ikut lagi, tapi dari segi kelajuan, saya lambat sikit, bukan pada perlawanan ini sahaja, tapi pertandingan sebelum ini pun sama. Prestasi seseorang atlet ada masanya berada dalam keadaan terbaik, dan ada masanya akan merosot.

    “Pada masa ini prestasi saya agak menurun, saya dapat belajar dari sini dan perlu tahu cara mengatasi masalah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda