MEKAH, 30 JULAI – Kiswah Kaabah diganti malam kelmarin dan proses itu dikendalikan oleh staf Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sesuai dengan tradisi tahunan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Timbalan Ketua Presiden Umum untuk Hal Ehwal Masjidil Haram, Ahmed bin Mohammed Al-Mansouri, dalam satu kenyataan berkata Kaabah telah dipasang dengan Kiswah baharu atau kelambu khas. Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram sutera berkualiti tinggi, 120kg benang emas dan 100kg benang perak.
Sebanyak 200 pekerja mahir terlibat dalam pembuatan kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz, kata Al-Mansouri. – Bernama