Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Kiswah baharu Kaabah dipasang

    MEKAH, 30 JULAI – Kiswah Kaabah diganti malam kelmarin dan proses itu dikendalikan oleh staf Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sesuai dengan tradisi tahunan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

    Timbalan Ketua Presiden Umum untuk Hal Ehwal Masjidil Haram, Ahmed bin Mohammed Al-Mansouri, dalam satu kenyataan berkata Kaabah telah dipasang dengan Kiswah baharu atau kelambu khas. Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram sutera berkualiti tinggi, 120kg benang emas dan 100kg benang perak.

    Sebanyak 200 pekerja mahir terlibat dalam pembuatan kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz, kata Al-Mansouri. – Bernama

    Kiswah Kaabah atau kelambu Kaabah digantikan dengan kain baharu malam kelmarin, satu proses yang ditadbir oleh staf presiden umum untuk hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bersesuaian dengan tradisi tahunan sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha di Mekah dan seluruh dunia. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -