Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kit ART diwarta sebagai barang kawalan

    KUALA LUMPUR, 1 DIS – Malaysia mewartakan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (Ujian Sendiri) sebagai barang kawalan berkuat kuasa hari ini, bagi menjamin bekalan kit ujian itu mencu-kupi di pasaran.

    Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata bagi menjamin keberadaan dan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran, kerajaan Malaysia mengambil langkah proaktif dengan mewartakan kit ujian itu di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang-barang Kawalan) (No.6) 2021 pada 24 November lepas dan dikuatkuasakan pada 1 Disember 2021.

    Menurutnya buat masa ini, bekalan kit ujian itu didapati mencukupi di pasaran dan sehingga kini tiada aduan berkenaan kekurangan bekalan diterima oleh pihak KPDNHEP.

    “KPDNHEP ingin memberikan amaran kepada peniaga agar terus mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan Kit Ujian Pantas

    Antigen COVID-19 ini bagi mengelak tindakan tegas diambil oleh pihak Kementerian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata kit ujian itu boleh diperolehi di farmasi dan fasiliti kesihatan, serta di premis-premis berdaftar seperti pasar raya, kedai serbaneka dan stesen minyak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda