Saturday, January 4, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kit vape diberi percuma untuk warga NZ yang ingin berhenti merokok

    WELLINGTON, 31 DIS – Kerajaan New Zealand akan menyediakan kit vape secara percuma kepada orang dewasa yang ingin berhenti merokok mulai minggu depan.

    Perkhidmatan berhenti merokok di seluruh New Zealand akan menerima kit permulaan vape, yang akan diberikan secara percuma kepada perokok dewasa, terutamanya untuk membantu mereka yang telah mencuba kaedah lain untuk berhenti, kata Menteri Kesihatan Bersekutu Casey Costello hari ini.

    Vape telah memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar merokok dan kerajaan menyokong orang dewasa beralih kepada rokok elektronik kerana ia jauh kurang berbahaya berbanding rokok,” kata Costello, sambil menambah bahawa mereka yang menggunakan perkhidmatan berhenti merokok adalah empat kali lebih berkemungkinan berjaya berhenti berbanding mereka yang tidak menerima sokongan.

    New Zealand mensasarkan untuk menurunkan kadar merokok di bawah lima peratus menjelang akhir tahun depan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda