Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kitar semula bekas kimono jadi pakaian baharu

    Kimono lama dengan warna terang dan pelbagai reka bentuk kini mendapat kehidupan kedua dengan direka bentuk menjadi jaket sut lelaki, baju kmeja dan pakaian lain. Pakaian itu dipamerkan untuk tempoh yang terhad di sebuah gedung serba neka di Fukuoka City.

    Far East Fabric merupakan syarikat permulaan berpangkalan di Kitakyushu yang ditubuhkan pada 2020. Syarikat itu mengatasi cabaran untuk mengembangkan saluran jualan produk di dalam dan luar negara yang dikitar semula secara manual daripada kimono terpakai oleh tukang-tukang seni.

    Kain kimono terpakai itu dibuat menggunakan sutera Oshima-tsumugi, sejenis fabrik yang dihasilkan dengan teknik kraf tradisional di Wilayah Kagoshima.

    Penubuhan syarikat itu dicetuskan oleh lelongan barangan terpakai. Pengasas syarikat menyedari bahawa terdapat sejumlah besar kimono yang tiada siapa mahu membelinya.

    Pengasas syarikat itu memikirkan bagaimana untuk menggunakan kimono-kimono yang tidak terjual. Semasa mereka memikirkan masalah itu, mereka mendapat inspirasi daripada baju aloha yang dilihat dalam majalah dan menghasilkan idea untuk menukarnya menjadi jaket lelaki.

    Jaket sut dipamerkan bersama pakaian lain yang diperbuat daripada kimono terpakai di Bandar Fukuoka. – Gambar ANN/Japan News

    Fabrik yang digunakan dalam kimono terkenal kerana tidak lentur dan dengan itu mengitarnya semula tidaklah mudah.

    Namun, tukang-tukang seni syarikat itu dengan teliti menjahit kolar dan bahagian melengkung yang lain, dan ia berjaya menghasilkan produk unik daripada kimono terpakai.

    Far East Fabric menjual produk terutamanya melalui internet, tetapi juga di kedainya semasa acara di pasar raya serba neka di Kitakyushu. Pada masa ini, mereka mempunyai lebih daripada 1,300 pelanggan.

    Syarikat itu mengatakan bahawa pelanggannya telah berkembang termasuklah beberapa pelakon dalam dunia hiburan tradisional, seperti rakugo dan kabuki. – ANN/Japan News

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda