Saturday, February 15, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kitar semula paket perayaan terpakai

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Dalam usaha menggalakkan kelestarian dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab, Bank Baiduri sekali lagi melancarkan inisiatif Bisaitah Recycle 2025, menggalakkan orang ramai mengitar semula paket perayaan terpakai mereka dan bukan membuangnya.

    Berikutan kejayaan kempen tahun lepas, yang menyaksikan lebih 192 kilogram paket perayaan dikumpul, dikitar semula dan dialihkan dari tapak pelupusan sampah, inisiatif tahun ini bertujuan untuk meningkatkan lagi penyertaan masyarakat dengan memperluaskan pusat pengumpulan bukan sahaja ke cawangan Bank Baiduri yang ditetapkan tetapi juga lokasi rakan kongsi terpilih dari 3 Februari hingga 2 Mei.

    Bercakap mengenai inisiatif itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna, serta Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Bank Baiduri, Manuel Bulens berkata, “Di Bank Baiduri, kemampanan tertanam dalam strategi bank berkenaan di bawah tiga tonggak iaitu People, Process dan Planet.

    “Melalui Bisaitah Recycle, kami mengintegrasikan kelestarian ke dalam tradisi budaya, menggalakkan penggunaan yang penuh prihatin sambil mengekalkan semangat pemberian perayaan,” ujarnya.

    Jelasnya lagi, di bawah tonggak Planet, bank berkenaan komited untuk menangani keperluan alam sekitar utama seperti pengurangan perubahan iklim dan pengurusan sumber yang bertanggungjawab, dengan inisiatif seperti Bisaitah Recycle mencerminkan komitmen itu dengan mengurangkan sisa.

    Menerusi kerjasama dengan Kaimana Living dan Thryffy, bank berkenaan menjadikan kitar semula lebih mudah diakses dan berkesan, memastikan setiap paket perayaan yang dikumpul membantu mengurangkan sisa tapak pelupusan dan menyumbang kepada Brunei yang lebih hijau.

    Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Hajah Martinah binti Haji Tamit, berkata memupuk tabiat kitar semula, khususnya untuk sisa perayaan biasa, merupakan langkah penting ke arah Brunei yang lebih mampan terhadap alam sekitar.

    Bank Baiduri melancarkan inisiatif Bisaitah Recycle 2025, menggalakkan orang ramai mengitar semula paket perayaan terpakai. – GAMBAR SERAHAN BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda