Monday, December 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kitar semula wujudkan peluang pendapatan di Zambia

    LUSAKA – Ketika kitar semula menjadi trend global, semakin ramai orang di Zambia menjana pendapatan daripada produk yang mereka hasilkan menggunakan barang terpakai.

    Walaupun ramai yang baru mula menghargai ganjaran ekonomi dari kitar semula, Florence Chileshe, 40, seorang penduduk Lusaka, ibu kota Zambia, telah mendapat banyak manfaat daripada menjual beg tangan, dompet, dan beg untuk telefon bimbit yang diperbuat daripada beg plastik.

    Selain beberapa pelanggan tempatan, Chileshe, seorang balu dengan empat anak, mempunyai sebilangan besar pelanggan tempatan dan antarabangsa yang kebanyakannya membeli produknya melalui koperasi wanita di mana dia mengikutinya.

    “Saya mendapat lebih banyak keuntungan dari beg tangan yang berharga antara 200 dan 500 Zambian Kwacha (kira-kira AS$9 dan AS$22) setiap masing-masing.

    Ini merupakan sesuatu yang telah saya lakukan selama lebih dari 10 tahun dan ini membolehkan saya menyediakan semua keperluan anak-anak saya,” jelasnya.

    Marthar Phiri membuat kalung dari surat khabar dan majalah lama. – Xinhua
    Florence Chileshe membuat beg tangan daripada beg plastik di Lusaka, Zambia. – Xinhua

    Seorang lagi pengusaha kitar semula yang berpusat di Lusaka, Jessy Zulu-Kamuyuwa, adalah antara individu yang semakin banyak memaksimumkan peluang yang ditawarkan oleh pelbagai produk yang boleh dikitar semula.

    Zulu-Kamuyuwa, berusia 37 tahun, mengumpulkan botol bekas, tayar kenderaan lama dan kain tuala yang memboleh-kannya membuat perhiasan dan tempat duduk antara lainnya, sesuatu yang telah dia lakukan selama hampir dua tahun sekarang.

    “Saya membuat pasu bunga menggunakan tuala mandi lama. Saya juga membuat meja kopi dan ruang rehat menggunakan tayar kenderaan lama. Dan saya menggunakan botol lama untuk membuat perhiasan,” jelasnya.

    Dia juga menyatakan memperoleh sejumlah pendapatan yang besar dari barang-barang tersebut yang harganya berbeza-beza berkisar antara 100 hingga 1,000 Zambian Kwacha, dengan kerusi lebih memiliki nilai yang tinggi berbanding barang-barang yang lain.

    Selain membuat dan menjual produk yang terbuat dari barang terpakai, Zulu-Kamuyuwa juga turut serta secara aktif dalam meningkatkan kesedaran mengenai aktiviti kelestarian alam sekitar dalam masyarakatnya.

    Marthar Phiri yang berusia 18 tahun dari Kalingalinga di Lusaka ketika ditemui baru belajar membuat kalung, anting-anting dan gelang menggunakan surat khabar dan majalah lama mengatakan usaha mengitar semula dapat membantu mengurangkan tahap pengangguran di kalangan orang muda di Zambia.

    Kitar semula dikatakan merupakan komponen utama pengurangan sisa moden dan merupakan komponen ketiga dari hierarki sisa ‘Kurangkan, Guna semula, dan Kitar Semula’.

    Ia dapat mencegah pembaziran bahan yang berguna dan mengurangkan penggunaan bahan mentah segar, sehingga mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara dari pembakaran sampah, dan pencemaran air melalui tempat pembuangan sampah serta pembuangan sampah yang tidak betul. Pakar menyatakan kitar semula jika dikendalikan dengan betul, bukan sahaja dapat membantu membersihkan masyarakat dari bahan buangan tetapi juga memberi peluang pekerjaan alternatif. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda